::tali gantung::

Wednesday, December 24, 2008

Diceritakan oleh Mr. Samuel...

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.



Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. 'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

p/s: menarik gak info ni..org Islam yg kena hukum gantung semua digantung hari Jumaat tau..bukan senang nak dpt kelebihan mati hari Jumaat...hmmm. ..."

::easy peasy Chocolate cake::

Sunday, December 21, 2008

nk mkn kek coklat...
tp rumah xde oven..
ni aku nk kongsi resepi buat kek coklat dgn hanye gune microwave..
senang pon senang..cepat pon cepat..
sedap pon sedap..


A
  • 1/3 cup hot boiling water
  • 1/4 cup cocoa powder
(mix together and masukkn ke dlm microwaves dalam 40-50 secs until slightly thickened)

B
  • 3/4 cup + 2tbs floor
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 1/4 tsp salt
  • 3/4 cup sugar
  • 1/4 cup + 2 tbs vegetable oil
  • 1/3 cup hot boiling water
  • 1 egg
  • 1 tsp vanila essence
caranya
  1. grease the microwave baking dish
  2. mix all the ingredients untill the batter smooth and well blended
  3. Pour dalam baking dish
  4. Masukkan dalam microwave selama 5-6mins
  5. let it stand dlm microwave dalam 5 mins..
  6. dah siap utk di makan..
senang kn..cuba la..
aku dah banyk kali try..
n mmg sedap..
ni la hasilnya..
yg ni aku wat topping chocolate n taburkn choco rice..


yang ni aku wat 2 aduanan
so cuba la..
sedap + mudah

::my motomoto dtg raya::

Tuesday, December 9, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
harap2 xlambat lagi r aku nk wish..
thn ni raya haji kami xde plak sesi bergambar formal..
sbb angah keje plak..xcukup corrum nk amik pic..
thn ni nye raya my motomoto dtg rumah..
die dtg sorg..adik2nye masing2 raya ngan kwn2 nye..xdpt dtg..
xpe la..


cm biasa ayh aku g tlg melapah lembu kt masjid..
pastu die bw balik mende ni..
eeee ngeri..
aku xdpt tgk live sbb aku kuar..
eee gerun aku...
lps mkn aku g tgk wyg crite body of lies..
perggh xbes r..ntah pe2 jek..rugi jek tgk..time raya plak tu..
mesti korg pk pe kene mengena ngan raya plak kn..
sbb die nye crite de psl islam..ala yg pengebom brani mati..
mati syahid..
aku xminat...
pastu trus balik umah..
lpas makan motomoto balik umah..
sian jem kt seremban..tp xpe..dh bekalkn tenaga kn motomoto...
thanks alot...*wink wink

::bowling::

before hari raya korban..
adik aku..mat navy yg lame aku xjmpa balik..
so kitorg adik bradik plan g main bowling kt mp..
3 game kitorg main..
cam biasa juara2 nya bukan lah aku..ihihihi..


lepas main bowling g men lumba kete plak..

the champion

kami..

::kenduri::

6hb dis 2008
j5166 de la wat kenduri doa selamat sikit..
utk akk aku (alang) yg akn futher study kt brisbane,aus..
xpadan ngan kecik akk aku ni..tp atinye besar..skang nk futher phd plak..alhamdulillah..
majlis:

lps solat asar ayah aku n org2 masjid dtg menjamu selera..
lbh kurang 40lbh gak org masjid yg hadir..
lepas tu kawan2 alang aku plak yg hadir..
lbh kurang pukul 8pm ahli2 marhaban mak aku dtg..
bacaan yasin n then makan..

ramai gak yg dtg menolong..sedara mara, sepupu sepapat..jiran jiran..thanks alot...
menu:
nasi putih
sambal sotong
udang masak lemak cili api+terung
sayur campur
ikan kering
ayam goreng
dadih
badak berendam
kuih kasui
teh o
blackcurrant

petang majlis tu ujan plak..tp selamat berjalan ngan lancar..alhamdulillah..
sekarang alang tgh cbuk uruskn hal2 yg perlu dbereskn sblm fly..14hb jan 2009


*aku nk upload slide show...tp tetba ilang..trus fade up nk upload..maybe next time

::braces ohhh braces::

dah mcm jd tradisi ank2 cik jusoh plak..
memakai pendakap gigi..or lbh dikenali sbgai braces..
selasa yg lps adik aku,syasya plak yg pakai..
skang tgh merungut ssh nk mkn..
ye r mmg la ssh nk mkn..
gigi atas n bwh xbertemu..
cmne nk mengigit..
xdpt la mkn..eh bkn xdpt mkn..just ilang sedikit nikmat mkn..
wat sementara waktu je..
skang mkn bubur or bende yg lembut2 jek..
bende yg sng nk telan..xyah gigit2..
tp aku tgk die bedal semcm jek..
hahhaha..
ha..sape yg nk diet..mmg sesuai la pakai braces ni..mmg leh kurus tau..
mmg byk rumors psl pakai braces ni..
sakit la,nnt bahaya la time kilat..takut kene sambar la..
emm mcm2..byk yg xbetul pon..
tp xde la sakit pon..
masa pasang besi tu..xde rase apa2 pon..
cume nk mkn ssh sikit la..
n bile berckp tu kene la ati2..
sbb sng tempias..huhu..
lg 1..bile pakai ni..senang sgt nk kene mata ikan or ulser
tp masa pakai braces ni..
penjagaan gigi amat la merumitkn
berus gigi pon cpt kembang tau..
maunnye xrumit..
bile mkn tu kene la check2 ckit..
ye r..byk yg tersangkut2..
hahahh...
tp semua tu akn berlalu dgn pantasnya..
bila dh buka..
membuatkn anda mnjadi seorg yg suka tersenyum..
hahaha...xpercaya..cuba la..



::something old::

Wednesday, December 3, 2008

wah..lame gila aku xupdate blog..
lately mcm2 event berlaku..
mcm2 benda mau dcritakn..
semua crite gembira...
1st story..

22hb nov 08
abg aku telah selamat bertunang
majlis berlangsung di rumah perempuan..dh tentu la kn..aish..
kt klebang..org melaka jugak..
seorg guru n sebaya plak ngan aku..hahahah..
kami datang dengan 5 buah kereta..
hantaran 5 berbalas 7..
aku la antara org penting yg mengubah hantaran..
jgn main2..

angah dgn hantaran nya

angah sempat berposing ngan nenek

kami "menyerang" klebang

hamboi...
kami pulang dgn hantaran..pink gitu..

pada hari yg sama birthday my beloved ayah..
balik dr rumah perempuan..
kami terus sambut birthday ayah..
dgn kek tunangan angah..
mmg seronok sbb makcik n pakcik still de kt rumah kitorg lg ms tu..



23hb 11 08

rumah kami black out..
dgn adik aku(mira) yg akn menduduki paper biologi pd keesokan harinya..
dgn chy lilin..die study..sian plak tgk die..


29hb 11 08

alhamdulillah..
aku dh convo...hahahah...
kalini nye convo..best..
sbb famly aku ramai yg dtg..
tp my motomoto plak xdpt dtg..
de kursus katenye..
xpe..famly aku dah dtg cukup membahagiakn aku..
emm byk pic yg aku nk upload..
tp keadaan internet yg xmengizinkn la plak..
maybe next time..

congratulation pd semua rakan2 seperjuangan..

chow~